Disiplin bermaksud peraturan- peraturan yang perlu
dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.
Ia juga bermaksud proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu
dengan sempurna. Tingkah laku bermaksud apa yang dilakukan atau diperkatakan
oleh seseorang. Ia boleh diperhati, diukur dan dinilai. Berbagai cara disiplin
dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan,
pakaian seragam, dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk
sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.
ISI- ISI
PENTING
Tiga isi- isi penting ialah teori punca salah laku
pelajar, jenis dan punca devian, serta prosedur disiplin dan tingkah laku.
1.1 Teori
· Teori fungsionalisme: Menganggap devian sebagai
disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan
murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
· Teori konflik: Devian merupakan tindakan
golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian
adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
· Teori interaksionisme: Pelajar sengaja memilih
tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka
mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya
adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
1.2 Jenis
dan Punca Devian
·
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis
devian iaitu Inovasi (innovation), Ritual (Ritualism), Undur (retreatism) dan
juga Menentang (rebelliation).
·
Devian inovasi: Suatu cara memenuhi matlamat
dengan cara yang salah.
·
Devian ritual: Tindakan mengulang-ulang suatu
perbuatan.
· Devian undur: Seseorang yang tidak lagi berminat
dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
· Devian menentang: Menolak matlamat persekolahan
dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
·
Punca: kelas sosial dan jantina.
·
Kelas sosial: Latar belakang budaya keluarga
mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah
bersama keluarga. Misalnya pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah
dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan,
tidak mementingkan kelulusan akademik, lebih mementingkan ganjaran yang cepat,
dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapat wang.
·
Jantina: Kajian menunjukkan devian lebih banyak
dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng,
samseng, dan vandalisme. Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan
melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan. Pelajar lelaki semenjak kecil lagi
diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.
1.3 Prosedur
disiplin dan tingkah laku
·
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya
adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap
menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.
·
Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa
unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan
individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
·
Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya
mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dalam masyarakat makro
terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung.
·
Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman
terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat
buruk perbuatan salah laku mereka.
Kesimpulannya, Masalah disiplin sekolah juga dirujuk sebagai tingkah
laku devian. Terdapat pelbagai jenis devian dan faktor terjadinya masalah
disiplin dalam kalangan pelajar. Setiap tindakan disiplin yang dikenakan ke
atas pelajar haruslah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). Hukuman- hukuman berbentuk penyeksaan,
cacian, liar dan melampau ke atas anak murid adalah dilarang sama sekali. Namun
demikian, setiap anggota masyarakat khususnya ibubapa haruslah mengambil
inisiatif bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.