Menurut Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir
& Soaib Asimiran (2013) di dalam Hoy & Miskel (1987), persekitaran
sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah
dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahlinya, iaitu
kakitangan dan pelajar. Setiap sekolah akan mempunyai hubungan 3 dimensi iaitu
antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Ketiga-tiga pihak ini digabungkan
dalam satu kelompok dan ia dipanggil sebagai gabungan strategik yang mampu
membawa faedah sinergi bagi kesemua pihak yang terlibat.
ISI PENTING
Sekolah dan masyarakat mempunyai hubung kait yang
amat erat kerana kedua-dua pihak ini saling memerlukan antara satu sama lain.
Dalam konteks ini, sekolah adalah sebuah institusi sosial yang tidak wujud
secara bersendirian kerana ia saling bergantung dengan masyarakat sekeliling.
Sekolah yang selamat sememangnya memerlukan penglibatan masyarakat. Hal ini
kerana penglibatan masyarakat kebiasaannya mampu membantu untuk mencapai
objektif dan matlamat sekolah seterusnya mampu membanteras gejala-gejala yang
tidak diingini.
Selain itu, hubungan guru dan ibu bapa juga
menjadi pihak yang penting di dalam sekolah. Di sekolah, terdapat satu
persatuan yang ibu bapa yang boleh mengetahui dan mengawasi hal anak-anak di
sekolah iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Menurut Norzahida Mohamed
(n.d.) di dalam Mook (2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan dalam sekolah
yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan
murid-murid mereka. Melalui pertubuhan ini sememangnya mampu membela nasib guru
serta guru akan lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas.
Isu-isu yang terjadi dalam konteks pendidikan
pada ketika ini banyak terjadi di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Sering
kali didengari bahawa masalah yang dilakukan oleh para pelajar memberi impak
kepada guru-guru. Hal ini kerana ibu bapa selalu memenangkan anak-anak mereka
meskipun anak-anak melakukan kesalahan dan seterusnya menyalahkan guru-guru
atas tindakan yang dilakukan. Kebanyakan hal ini terjadi disebabkan tiada
persefahaman antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) sememangnya menjadi wadah utama dalam menyelesaikan isu kemelut
yang melanda antara dua pihak. Perdamaian dan permuafakatan yang ditunjukkan
melalui PIBG mampu mengenepikan segala isu yang melanda.
Akhir sekali, pendidikan sememangnya mampu
memberi impak yang baik dan gambaran yang positif kepada sesebuah negara.
Globalisasi dan pendidikan pada ketika ini berjalan seiringan seterusnya
menaikkan nama baik sesebuah negara. Sebagai contoh, penguasaan Bahasa Inggeris
yang digunakan di sekolah tempatan mampu memberi kesan yangbaik terhadap
pelajar dan juga pihk sekolah di mana sekolah itu akan mendapat nama yang baik
manakala pelajar akan mampu meneruskan pengajian serta pendidikan ke arah yang
lebih jauh dan mantap. Sejujurnya pendidikan merupakan tulang belakang kepada
globalisasi kini.
RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap pihak perlulah memainkan
peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan visi dan misi sekolah
yang telah ditetapkan. Pihak sekolah dan ibu bapa haruslah berganding bahu dan
bekerjasama dalam membendung segala hal yang tidak diingini supaya tidak
terjadi isu-isu yang mampu memburukkan nama baik sekolah. PIBG juga perlulah
dikekalkan supaya setiap permasalahan yang terjadi terhadap para pelajar mampu
diselami dan disingkapi bagi melahirkan pelajar, suasana, dan sekolah yang baik
seterusnya mampu membawa setiap kebaikan yang dilahirkan dari pendidikan ke
arah globalisasi.
No comments:
Post a Comment