Sosiologi merupakan satu bentuk
kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari
pelbagai sudut. Pendekatan sosiologi sememangnya melibatkan manusia oleh itu
skop kajian adalah sangat meluas.
Pendidikan pula terdiri daripada unsur
kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.
Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam
masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan
orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu. Pendidik perlu tahu
tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang
dikelilingi masyarakat.
Masyarakat sangat berkait rapat
dengan sosiologi. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu
perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang
berlaku dalam dunia pendidikan perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Dalam
teori Sosiologi terdapat 3 teori utama yang menjadi objek dan subjek dalam
kajian iaitu:
TEORI FUNGSIONALISME
TEORI FUNGSIONALISME
Merupakan sebuah teori yang mengkaji perlakuan
sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan
fungsi tersendiri ada tujuan dan keperluan tertentu. Struktur sosial akan
menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.
Ciri-ciri teori fungsionalisme:
• Teori ini mula diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan
Emile Durkheim.
• Ia dipengaruhi bidang biologi.
• Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan
peraturan sosial dan perubahan semasa.
• Perubahan berlaku secara beransur-ansur.
• Masyarakat sebagai suatu organisma dan setiap organ ada peranan yang
tersendiri.
• Di dalam masyarakat, mempunyai suatu kesefahaman dan mereka menghargai
peranan atau sumbangan masing-masing.
• Teori ini memandang kepada integrasi dan kesetabilan di mana integrasi
sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
• Tidak terdapat ganguan fungsi dalam ahli.
Oleh itu, teori ini akan mengkaji
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat. Masyarakat akan dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian
dengan fungsi tersendiri ada tujuan dan keperluan tertentu. Struktur sosial
akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Kelemahan
teori fungsional adalah iainya menolak perubahan sosial yang menjejaskan
kestabilan sistem sosial kerana mahu kearah peraturan sosial.
TEORI KONFLIK
Teori konflik merupakan sebuah
teori yang menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Antara ciri-ciri
teori ini adalah:
Ø Diperkenalkan
oleh Karl Mark.
Ø Seorang
ahli sains sosial dan ahli ekonomi berasal dari Jerman dalam karyanya “The
Communist Manifest”.
Ø Ia
mengutamakan “determinisme” iaitu ada kuasa ramalan sesuatu.
Ø Konflik
bukan bermaksud ganas, tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persainagan dalam
institusi agama dan sebagainya.
Ø George
Simmel - Konflik merupakan sesuatu yang semula jadi dalam sesuatu masyarakat.
Ø Lewis
Coser – konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian
didalam sesuatu
kelompok sosial.
Antara Idea teori ini dalam bentuk
sosiologi ialah
1. Interaksi
sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara dan bukan kerjasama.
2. Perjuangan
punca perubahan sosial
3. Masyarakat
sentiasa di dalam keadaan berubah dan konflik sentiasa berlaku.
4. Yang berkuasa
dapat memaksa orang yang lemah melalui persetujuan.
5. Setiap
konflik menimbulkan kelompok baru.
6. Konflik
memanjangkan kelompok sebab selepas berlaku konflik mereka akan bersatu.
7. Konflik
sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.
8. Kesan konflik
adalah positif iaitu dapat penyatuan. Ia tidak merosakkan masyarakat.
9. Struktur
sosial berdasarkan kuasa oleh satu kelompok.
10. Setiap
kelompok dalam masyarakat mempunyai set yang sama dan seterusnya menjadi ahli
dalam kelas sosial.
11. Konflik
kelas bergantung kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial. Yang utama sekali
ialah faktor ekonomi.
TEORI
INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Teori menerangkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak
menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Teori ini juga mengkaji makna
simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan melihat bagaimana makna
yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Makna adalah sesuatu yang
dirundingkan manusia dalam membentuk hubungan melalui simbol dan proses
menginterprestasikan simbol yang sangat kompleks.
Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia
luar Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana
kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan
mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan
keburukan dan akhirnya menentukan
tindakan atau aksi yang sesuai. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk
kumpulan masyarakat.
Teori ini dipengaruhi ahli sejarah
sosial Jerman.
• Beliau menegaskan, setiap individu
perlu memahami dunia masyarakat daripada sudut pandangan individu.
•
Ia juga dikenali sebagai “symbolic interactionism” sebagaimana
diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931).
•
Simbol digunakan oleh manusia untuk berinteraksi.
• Contoh: bendera sesebuah
negara, jika dikibarkan, peserta mewakili negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya.
• Dengan kata lain, ia
tidak akan menumpu kepada perkara-perkara yang lebih besar melibatkan ekonomi
dan negara.
•
Antara ciri-ciri teori ini:
1).Interaksi sosial harian.
2).Individu dalam kelompok kecil dan
bagaimana ia bertindak.
3).Banyak menggunakan simbol seperti
warna, lampu, isyarat, gerak-geri, lambang dan sebagainya.
4).Komunikasi dan cara hidup manusia
ada simboliknya. Sebagai contoh pemberian hadiah ada maksudnya.
Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia
luar. Oleh itu, Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya
kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini
membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian
kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.
Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.
No comments:
Post a Comment