animasi-bergerak-selamat-datang-0090
My Widget

Tuesday, December 11, 2018

SUMBER YOUTUBE

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Di bawah ini telah saya kongsikan beberapa link di 'YouTube' yang berkenaan dengan subjek pengurusan pembelajaran. semoga bermanfaat untuk semua.

SELAMAT MENONTON. 

1). EDUCATION IN SOCIETY: CRASH COURSE SOCIOLOGY

2). SCHOOLS & SOCIAL INEQUALITY: CRASH COURSE SOCIOLOGY

3). THE QUALITY OF EDUCATION IN MALAYSIA

4). EDUCATION IN FINLAND

5). FINNISH EDUCATION - EQUAL OPPORTUNITIES FOR ALL

6). A JAPANESE METHOD TO DEVELOP CREATIVITY IN KIDS

7). WHAT MAKES A GOOD TEACHER GREAT?

8). WHAT GREAT LEADERS ACTUALLY DO

9). PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

10). CLASSROOM MANAGEMENT STRATEGIES TO TAKE CONTROL OF NOISY STUDENTS

TAJUK 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN



Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberi maklum balas. Pengajaran adalah suatu proses pemindahan ilmu dari seseorang kepada seseorang yang lain. Dalam konteks pendidikan, pengajaran lebih tertumpu kepada guru manakala pembelajaran lebih difokuskan kepada pelajar. Keberkesanan pengajaran akan dinilai berdasarkan sejauh mana proses pengajaran itu memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, proses pengajaran haruslah dirancang dengan sebaik mungkin agar ia mampu mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

ISI PENTING
Pertamanya, sebelum seseorang guru itu memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya membuat persediaan rapi sebelum mengajar. Kebiasaannya, seorang guru akan membuat persediaan dan perancangan bagi proses penyampaian ilmu di sekolah itu sebelum tiba di sekolah lagi. Guru akan membuat persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran yang akan diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dalam pengajaran. Persediaan yang mantap sebelum memulakan proses pengajaran amat penting bagi memudahkan seseorang guru itu mencapai objektif dan tahu hala tuju sesi pembelajaran dijalankan.
Seterusnya, pelaksanaan kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru di sekolah di mana ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru selain daripada meningkatkan prestasi pencapaian murid. Menurut Jefferi Idris et.al (2015), bagi melaksananakn tindakan yang telah dicadangkan, penyelidik menggunakan model Kajian Tindakan yang digunakan oleh Kemmis dan Mc Taggart 1988. Kajian Tindakan tertumpu kepada gelung spiral di mana proses yang berlaku adalah berterusan sehinggalah guru itu mampu membuat kesimpulan akhir terhadap apa yang dikajinya. Proses ini dimulakan dengan tinjauan di mana guru akan mengenal pasti apakah masalah yang cuba diselesaikan atau proses bagi meningkatkan prestasi. Kedua ialah perancangan di mana guru merancang apakah tindakan atau intervensi yang ingin dijalankan. Ketiga ialah pelaksanaan atau pemerhatian yang mana beliau akan menjalankan tindakan atau intervensi yang telah dirancang. Proses akhir adalah renungan atau refleksi di mana guru akan menjalankan refleksi berkenaan tindakan atau intervensi yang dijalankan.
Di samping itu juga, sudah menjadi kewajipan bagi seseorang guru itu untuk mempunyai buku rekod mengajar. Guru yang mengajar mata pelajaran akademik diwajibkan mencacat semua aktiviti kerja mereka dalam buku rekod mengajar. Buku ini menghimpunkan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Buku rekod mengajar ini sudah pastinya akan menjadi bahan bantu mengajar bagi seseorang guru itu kerana guru akan merekodkan setiap elemen yang perlu dipenuhi semasa pelaksanaan PdP. Kesemua elemen ini harus dipenuhi oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran itu akan dilangsungkan dengan lancar dan baik. Seperti kebiasaanya, guru-guru akan memberi fokus kepada empat bahagian pengajaran iaitu set induksi, penyampaian isi, penutup dan refleksi bagi memudahkan proses pembelajaran bagi seseorang pelajar. Guru-guru akan mengikut langkah yang ditetapkan satu per satu bagi memudahkan dan melancarkan proses PdP.
Akhir sekali, refleksi pengajaran merupakan sesuatu hal yang penting dalam apa jua majlis penyampaian ilmu. Refleksi akan dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran dan setiap kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran akan dinilai dan dikaji semula untuk menambah baik pengajaran yang akan datang. Refleksi akan dibuat bagi merumuskan seluruh hal yang dipersembahkan dan sekiranya ia tidak mencapai objektif pengajaran, maka guru akan membuat kajian tindakan. Proses ini akan berterusan sehinggalah guru berpuas hati dan mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.

RUMUSAN
Tuntasnya, setiap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah harus dilakukan dengan sebaik mungkin agar matlamat dan objektif yang disasarkan itu mampu dipenuhi dan dicapai. Apabila objektif itu mampu dicapai, sudah pastinya proses pembelajaran bagi pelajar-pelajar akan dikatakan berjaya dan cemerlang. Bagi mencapai objektif yang disasarkan itu, maka guru-guru perlulah mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam proses pengjaran iaitu mematuhi empat elemen penting iaitu set induksi, penyampaian isi, penutup dan refleksi. Keempat-empat ini mampu menjadikan proses PdP lancar dan berkesan. Guru-guru harus membuat persediaan yang rapi dan tersusun bagi memudahkan proses penyampaian ilmu.

TAJUK 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Menurut Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran (2013) di dalam Hoy & Miskel (1987), persekitaran sekolah boleh ditakrifkan sebagai set ciri dalaman yang membezakan satu sekolah dengan sekolah lain, dan mempengaruhi tingkah laku ahli-ahlinya, iaitu kakitangan dan pelajar. Setiap sekolah akan mempunyai hubungan 3 dimensi iaitu antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Ketiga-tiga pihak ini digabungkan dalam satu kelompok dan ia dipanggil sebagai gabungan strategik yang mampu membawa faedah sinergi bagi kesemua pihak yang terlibat.

ISI PENTING
Sekolah dan masyarakat mempunyai hubung kait yang amat erat kerana kedua-dua pihak ini saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam konteks ini, sekolah adalah sebuah institusi sosial yang tidak wujud secara bersendirian kerana ia saling bergantung dengan masyarakat sekeliling. Sekolah yang selamat sememangnya memerlukan penglibatan masyarakat. Hal ini kerana penglibatan masyarakat kebiasaannya mampu membantu untuk mencapai objektif dan matlamat sekolah seterusnya mampu membanteras gejala-gejala yang tidak diingini.
Selain itu, hubungan guru dan ibu bapa juga menjadi pihak yang penting di dalam sekolah. Di sekolah, terdapat satu persatuan yang ibu bapa yang boleh mengetahui dan mengawasi hal anak-anak di sekolah iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Menurut Norzahida Mohamed (n.d.) di dalam Mook (2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka. Melalui pertubuhan ini sememangnya mampu membela nasib guru serta guru akan lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas.
Isu-isu yang terjadi dalam konteks pendidikan pada ketika ini banyak terjadi di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Sering kali didengari bahawa masalah yang dilakukan oleh para pelajar memberi impak kepada guru-guru. Hal ini kerana ibu bapa selalu memenangkan anak-anak mereka meskipun anak-anak melakukan kesalahan dan seterusnya menyalahkan guru-guru atas tindakan yang dilakukan. Kebanyakan hal ini terjadi disebabkan tiada persefahaman antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sememangnya menjadi wadah utama dalam menyelesaikan isu kemelut yang melanda antara dua pihak. Perdamaian dan permuafakatan yang ditunjukkan melalui PIBG mampu mengenepikan segala isu yang melanda.
Akhir sekali, pendidikan sememangnya mampu memberi impak yang baik dan gambaran yang positif kepada sesebuah negara. Globalisasi dan pendidikan pada ketika ini berjalan seiringan seterusnya menaikkan nama baik sesebuah negara. Sebagai contoh, penguasaan Bahasa Inggeris yang digunakan di sekolah tempatan mampu memberi kesan yangbaik terhadap pelajar dan juga pihk sekolah di mana sekolah itu akan mendapat nama yang baik manakala pelajar akan mampu meneruskan pengajian serta pendidikan ke arah yang lebih jauh dan mantap. Sejujurnya pendidikan merupakan tulang belakang kepada globalisasi kini.

RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan. Pihak sekolah dan ibu bapa haruslah berganding bahu dan bekerjasama dalam membendung segala hal yang tidak diingini supaya tidak terjadi isu-isu yang mampu memburukkan nama baik sekolah. PIBG juga perlulah dikekalkan supaya setiap permasalahan yang terjadi terhadap para pelajar mampu diselami dan disingkapi bagi melahirkan pelajar, suasana, dan sekolah yang baik seterusnya mampu membawa setiap kebaikan yang dilahirkan dari pendidikan ke arah globalisasi.

TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Murid pelbagai upaya ialah murid yang berkeperluan khas seperti kurang upaya dalam pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental.
Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Dalam pengurusan murid untuk pemulihan dan penggayaan, ia member fokus kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Seperti artikel ini nyatakan, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan langkah - langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid - murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M (muhamadaizat.blogspot.my). Pada pendapat saya, artikel ini dapat membantu guru Pendidikan Khas dalam memahami dengan lebih lagi akan maksud pengurusan pemulihan serta dapat membuahkan idea-idea yang dapat digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, December 9, 2018

TAJUK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


NOTA PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
DEFINISI BUDAYA
Amir, 2002 - Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.
Tylor, 1871 - Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat, dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.
Bourdieu, 1990 - Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan.
DEFINISI PELBAGAI BUDAYA
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sesebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA
Teori Melting Pot I : Anglo Conformity
Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.

    2.   Melting Pot II : Ethnic Synthesis
Setiap individu dalam satu masyarakat yang pelbagai latar belakang disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
Teori ini sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

   4.  Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Content integration : mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi, dan teori dalam matapelajaran disiplin ilmu.
The knowledge construction process : membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah matapelajaran.
An equity pedagogy : menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai, baik dari segi ras, budaya ataupun sosial.
Prejudice reduction : mengenalpasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
An empowering school culture and social stucture : melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN
Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif.
Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah.
Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
Pendidikan pelbagai budaya berasaskan kepada prinsip penghargaan, empati, dan kesamarataan.
Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami begi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

BANKS (1989)
Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

NAJEEMAH (2007)
Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai, dan tingkah laku.
Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada, guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.

PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA PERINGKAT SEKOLAH
Kelab Rukun Negara
Kem Perpaduan
Program Silang Budaya
Kelab Bahasa Ke-3

Thursday, December 6, 2018

TAJUK 9 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


       Mengikut kamus pelajar edisi kedua, pengurusan bermaksud perbuatan atau hal mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain dan mengikut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang pelbagai hal. Pengurusan murid terbahagi kepada beberapa komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
ISI PENTING
      Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dalam konsep pendidikan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Ciri-ciri bimbingan adalah bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang, proses untuk membantu individu atau kumpulan, bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya serta bimbingan juga tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
Seterusnya, penasihatan adalah menasihati individu atau kumpulan dan mengikut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan adalah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpu kepada diri individu yang bermasalah, lebih kepada berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain dan memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nsihat itu meninggalkan kesan. Contoh orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
Terdapat lima fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama iaitu fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan seolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini dan penekanan harus diberikan kepada guru yang mengajar pelajar tersebut kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai peljar tersebut berbanding guru yang tidak mengajar pelajar tersebut. Pada fasa kedua iaitu fasa menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan, proses mengenali pelajar, semua guru hendaklah dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Penguasaan kemahiran-kemahiran asas boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan dan pada fasa ke-3 iaitu proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Fasa ke-4 adalah proses membimbing pelajar dan secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Pada fasa terakhir iaitu fasa analisis penilaian dan fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Selain itu, mentoring ialah proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Mentoring melibatkan mentor dan mentee dan mentoring juga mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan professional. Ciri-ciri mentoring adalah mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee, bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
         Di samping itu, proses mentoring adalah dengan menjalinkan hubungan, merunding persetujuan atau perjanjian, perkembangan profesionalisme mentee dan menamatkan hubungan. Ketika proses menjalinkan hubungan, mentor dan mentee diberikan masa dan meningkatkan usaha supaya hubungan terjalin antara mentor dan mentee. Kemudian, ketika proses merunding persetujuan atau perjanjian, mentor dan mentee hendaklah mencapai persetujuan bagi mewujudkan perhubungan yang harmoni dengan melaksanakan dan mematuhi persetujuan yang telah dipersetujui oleh mereka. Proses perkembangan profesionalisme mentee merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada proses terakhir iaitu proses menamatkan hubungan dan proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Namun begitu, dalam sesetengah kes perhubungan mentor-mentee tidak berakhir begitu sahaja malah hubungan tersebut berkembang kepada hubungan yang lebih kukuh dan kekal.
        Kesimpulanya, pengurusan penasihatan murid amatlah penting di dalam sesebuah sekolah kerana pengurusan murid memainkan peranan yang penting dalam membantu peljar menyelesaikan masalah mereka jika masalah tersebut menggangu pelajaran mereka. Setiap guru hendaklah mempunyai kemahiran asas dalam kaunseling agar guru tersebut dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mahupun meluahkan masalah mereka. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan penasihatan murid dalam persekitaran sekolah.

TAJUK 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Disiplin bermaksud peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Ia juga bermaksud proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Tingkah laku bermaksud apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang. Ia boleh diperhati, diukur dan dinilai. Berbagai cara disiplin dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.
ISI- ISI PENTING
Tiga isi- isi penting ialah teori punca salah laku pelajar, jenis dan punca devian, serta prosedur disiplin dan tingkah laku.

1.1  Teori
·  Teori fungsionalisme: Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
·    Teori konflik: Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
·  Teori interaksionisme: Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
1.2  Jenis dan Punca Devian
·       Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu Inovasi (innovation), Ritual (Ritualism), Undur (retreatism) dan juga Menentang (rebelliation).
·       Devian inovasi: Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
·       Devian ritual: Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
·     Devian undur: Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
·  Devian menentang: Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
·       Punca: kelas sosial dan jantina.
·       Kelas sosial: Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Misalnya pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan, tidak mementingkan kelulusan akademik, lebih mementingkan ganjaran yang cepat, dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapat wang.
·       Jantina: Kajian menunjukkan devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng, dan vandalisme. Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan. Pelajar lelaki semenjak kecil lagi diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.

1.3  Prosedur disiplin dan tingkah laku
·       Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.
·       Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
·       Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dalam masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung.
·       Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
          Kesimpulannya, Masalah disiplin sekolah juga dirujuk sebagai tingkah laku devian. Terdapat pelbagai jenis devian dan faktor terjadinya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Setiap tindakan disiplin yang dikenakan ke atas pelajar haruslah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).  Hukuman- hukuman berbentuk penyeksaan, cacian, liar dan melampau ke atas anak murid adalah dilarang sama sekali. Namun demikian, setiap anggota masyarakat khususnya ibubapa haruslah mengambil inisiatif bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Tuesday, November 27, 2018

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER


Pengurusan bermaksud perihal mengurus sesuatu yang melibatkan cara mengurus, selok belok kerja dan tanggungjawab pengurus/ orang yang melaksanakan. Sumber pula bermaksud bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Henry Farol menyenaraikan lima aspek utama dalam pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah, mengawal dan menyelaras. Komponen pengurusan sumber ialah pengurusan kewangan, pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pusat sumber, pengurusan infrastruktur dan juga pengurusan sumber manusia. 

ISI-ISI PENTING
Empat isi penting yang dapat diperoleh daripada tajuk ini ialah mengenai kaedah pembelajaran berasaskan sumber, dasar pembelajaran berasaskan sumber, ciri- ciri pembelajaran berasaskan sumber dan penekanan dalam pembelajaran berasaskan sumber.

a)            Kaedah Pembelajaran Berasaskan sumber:
1.            meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
2.            dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
3.            bersifat individu atau secara kumpulan
4.            menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan

b)            Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber:
1.            pengajaran melalui kerja projek
2.            pengajaran unit yang berintegrasi
3.            pendekatan berinterdisiplin
4.            pembelajaran individu secara aktif

c)            Ciri- ciri pembelajaran berasaskan sumber:
1.            Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
2.            PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
3.            Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
4.            PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
5.            PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
6.            PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

d)            Penekanan dalam pembelajaran berasaskan sumber:
1.            Pengetahuan pelajar
2.            Tujuan Pembelajaran
Objektif pembelajaran boleh diperjelaskan melalui:
a.            huraian tentang apa yang akan dipelajari
b.            diskusi dan bertukar-tukar fikiran
c.            kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
d.            kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
e.            kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis dan muzik
3.            Memilih kaedah dan strategi pendekatan
4.            Cari, kumpul dan pilih bahan
5.            Penyediaan tempat untuk beraktiviti
6.            Bimbingan dan tunjuk ajar dari guru

Sebagai kesimpulan, kesemua sumber jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan bertindak sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Selain itu, pembelajaran yang berasakan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif jika dibandingkan dengan pelajar yang hanya mendengar sahaja tanpa menggunakan sebarang sumber. Oleh hal yang demikian, pemilihan kaedah dan strategi pendekatan adalah amat penting bagi P&P yang berkesan.

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan bilik darjah; aktiviti pengajaran berkumpulan dan pengajaran individu, pusat pembelajaran, penyediaan bahan dan pengurusan sumber.

ISI-ISI PENTING
Aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan kaedah pembelajaran di mana pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Murid dibahagi kepada 4-5 orang dalam satu kumpulan mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan minat. Kaedah ini membolehkan pelajar mengamalkan sikap tolong-menolong dan semangat kerjasama dalam kumpulan. Manakala, pengajaran individu memberi peluang kepada setiap pelajar yang memiliki perbezaan dari segi kecerdasan dan bakat. Guru perlu mengenalpasti kemahiran dan kelemahan murid untuk memberikan langkah yang sesuai bagi meningkatkan kecerdasan dan kemahiran murid.
Pusat pembelajaran merupakan bilik darjah yang dilengkapi pelbagai sumber mengikut kreativiti guru dan murid. Ia berfungsi untuk menyediakan ruang yang selesa dan bahan yang lengkap untuk pembelajaran murid, mempamerkan hasil kerja murid dan tempat guru memberi pengajaran yang berkesan. Terdapat beberapa cara untuk memastikan pusat pembelajaran selesa dan efektif dengan peranan guru dan murid; menyusun kedudukan kerusi dan meja agar ada ruang untuk murid bergerak, mengenalpasti bahan-bahan sumber yang diperlukan dan melengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan.
Bahan pengajaran adalah apa sahaja bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang juga dikenali sebagai media pendidikan. Bahan pengajaran penting sebagai rangsangan untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dengan memudahkan pemahaman murid. Jenis bahan terbahagi kepada dua iaitu bahan hidup (manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan) dan bahan bukan hidup (elektronik, bahan bercetak dan bahan-bahan dimensi). Pemilihan bahan perlu diteliti mengikut kesesuaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan sumber pula merupakan satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Tujuan pengurusan sumber adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang baik, menarik minat murid belajar, memudakhkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menjamin perkembangan pembelajaran murid. Rumusanya pengurusan bilik darjah yang sistematik dan efektif sangat membantu dalam perkembangan pembelajaran pelajar. Elemen-elemen penting untuk memastikan pengurusan bilik darjah yang baik merangkumi aktiviti pengajaran berkumpulan dan individu, pusat pembelajaran, penyediaan bahan pengajaran dan pengurusan sumber. Oleh itu, guru dan murid memainkan peranan dalam pengurusan bilik darjah agar suasana selesa dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan tanpa sebarang gangguan. Ia juga penting untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Sunday, November 25, 2018

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID


                               
Sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji dengan teliti agar matlamat yang diigini tercapai dan antaranya ialah pengurusan murid. Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan pengarahan. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Ini kerana, pengurusan murid di sekolah adalah cermin prestasi sekolah itu sendiri. Suppiah Nachiappan et. All(2009), menyatakan bahawa selain berhadapan dengan remaja yang mempunyai masalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar, cergas dan pelbagai upaya. Golongan ini sering tidak dipedulikan kerana guru beranggapan mereka sudah dapat menguasai isi pelajaran dengan cepat berbanding dengan yang lain. Pengurusan murid terbahagi kepada 3 komponen penting, iaitu mengurus rekod pelajar, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.
Tujuan mengurus rekod murid adalah untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah. Profil murid juga dikemaskinikan agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa kehidupan murid tersebut, contohnya seorang murid yang bertukar rumah dan pihak sekolah tidak mengetahuinya, ini akan menyulitkan pengurusan pihak sekolah jika ingin menghantar surat atau mengunjungi ke rumah pelajar tersebut atas urusan kebajikan. Rekod murid juga bertujuan untuk mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar selain bagi menyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI). Paling utama ialah rekod murid sebagai panduan kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri, di mana ibu bapa dapat mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka manakala murid pula dapat mengatahui potensi masing-masing. Antara jenis-jenis rekod murid ialah rekod pendaftaran, rekod kutipan yuran, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku kemajuan murid dan kad himpunan 001 & 002.
Seterusnya kesediaan murid. Kesediaan murid membawa maksud keadaan seseorang individu yang bersedia dan berupaya mempelajari sesuatu perkara yang bertujuan untuk memperoleh pengalaman dan pembelajaran yang baru. Jenis kesediaan pelajar terbahagi kepada 3 iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir di mana perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Manakala afektif merujuk kepada sikap, keinginan, minat dan ketekunan seseorang individu untuk menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Pelajar yang mempunyai kesediaan afektif ialah pelajar yang bersifat positif dan minat terhadap pelajaran yang akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam sebarang aktiviti. Penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuk perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh badan pula merupakan kesediaan psikomotor. Antara faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar ialah kematangan dan pengalaman. Kematangan fizikal, sosial, mental, emosi, motivasi dalaman dan kemahiran asas dalaman merupakan diantara kategori bagi faktor kematangan seseorang individu. Kesediaan pelajar turut mempunyai masalah perbezaan yang diantaranya ialah perbezaan perkembangan mental, sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, keyakinan diri, jantina dan perbezaan dalam diri sendiri. Perkembangan mental yang wujud secara semulajadi ini sedikit sebanyak memberi masalah kepada guru dalam melayani mereka. Murid yang meminati sesuatu subjek atau sesuatu perkara akan mencapai prestasi yang baik dan cemerlang manakala guru akan menghadapi masalah dalam memilih bahan, isi kandungan dan alat bantu mengajar. Bagi kadar pertumbuhan fizikal pula wujud kerana setiap individu mempunyai corak pertumbuhan unik masing-masing. Sebagai contohnya, kanak-kanak dalam umur yang sama tidak akan mempunyai kebolehan yang sama dan ini akan membuatkan guru mereka susah untuk merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid. Murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang turut menjadi kekangan kepada kesediaan belajar, contohnya pelajar yang ekonomi keluarganya tidak stabil akan  mengalami gangguan dalam menuntut ilmu. Pelbagai status ekonomi yang pelbagai akan membina keyakinan diri yang berbeza. Seterusnya, pelajar lelaki dan perempuan memiliki perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza. Pertumbuhan pada peringkat remaja bagi perempuan adalah berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki. Dan masalah kesediaan pelajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina dan sebagai seorang guru harus menyedari perbezaan jantina tersebut ketika membuat rancangan pembelajaran. Akhir sekali, bagi perbezaan dalam diri individu pula menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza dalam bidang tertentu.
Motivasi bermaksud tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri setiap pelajar yang dapat bantuan daripada guru yang menyebabkan murid sentiasa ingin berusaha. Motivasi ini juga merupakan sesuatu yang diberi sehingga mampu menaikkan semangat respond untuk mencapai tujuan utama mereka. Terdapat dua hubungan motivasi murid dan pembelajaran iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi. Antara contoh murid motivasi rendah ialah tidak peduli akan pencapaian sendiri serta pasif dan malas dalam pembelajaran. Bagi murid motivasi tinggi pula merupakan individu yang sentiasa membuat semakan akan prestasi sendiri dan juga kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Terdapat dua teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan ekstrinsik. Teknik intrinsik merupakan hasil dorongan dalaman dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan ganjaran dan ianya merupakan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran dan boleh terbentuk juga dari pengalaman. Teknik ekstrinsik pula sebaliknya, di mana dipengaruhi oleh rangsangan luar iaitu sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepada dirinya. Para guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar melalui menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mampu memberangsang pelajar untuk menjadi lebih baik. Sebagai contoh persekitaran yang baik ialah menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya, menentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai dan memastikan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Seterusnya, pembelajaran koperatif dan kolaboratif di mana mewujudkan suasana tolong-menolong antara pelajar dan sentiasa mengingati dan mendorong pelajar yang lemah dalam usaha meningkatkan pencapaian kerja mereka. Peneguhan positif dan negatif juga merupakan salah satu cara yang boleh diambil oleh para guru dalam memotivasikan pelajar. Peneguhan positif ialah memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik bagi mendorong pelajar untuk mencapai matlamat dan juga hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Manakala peneguhan negatif ialah mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik dari pelajar yang baik agar ianya mampu mengelakkan terganggunya suasana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, bagi implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru harus percayai akan pelajar mereka mampu meningkatkan pencapaian masing-masing, di sini menunjukkan bahawa guru seharusnya tidak mengabaikan pelajar yang lemah, sebaliknya harus memberi mereka semangat untuk terus berusaha. Guru juga harus memastikan penglibatan pelajar dalam sebarang aktiviti akademik seperti aktiviti unit beruniform. Ciri-ciri komunikasi yang positif juga harus diterapkan di dalam kelas sebagai contoh memberi senyuman mahupun anggukkan kepala ketika berinteraksi dengan pelajar.
Kesimpulannya, dalam sesebuah organisasi memerlukan pengurusan murid yang baik seperti rekod murid yang tersusun dan lengkap, mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir sekali motivasi. Ketiga-tiga pengurusan murid ini mempunyai kepentingan tersendiri sebagai contoh motivasi yang merupakan satu sesi atau proses yang amat diperlukan dalam mendidik pelajar. Tanpa motivasi sudah tentu pelajar sukar dikawal, contohnya pelajar yang kurang pandai akan berasa semakin tidak bersemangat kerana tiadanya semangat serta dorongan dari para tenaga pengajar.(https://www.youtube.com/watch?v=gFpKtXlbymQ)


TAJUK 4 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN


Pemimpin yang baik diperlukan dalam sesuatu organisasi bagi mewujudkan organisasi yang baik serta mempunyai orientasi visi dan misi yang kehadapan. Pimpinan dalam organisasi adalah jabatan atau posisi seseorang dalam sebuah organisasi dan tugasannya adalah untuk mengatur segala sesuatu mengenai kebijakan dan keputusan dalam mengurus organisasi tersebut. Tugas pemimpin dalam sesebuah organisasi ialah bertanggungjawab atas semua kerja organisasi yang dijalankan manakala gaya kepimpinan akan mempengaruhi pencapaian hasil dari organisasi dalam dunia pendidikan. Menurut George R. Terry, kepimpinan adalah kegiatan mempengaruhi orang-orang, agar mereka suka berusaha mencapai tujuan-tujuan kelompok. Seterusnya, organisasi pula merupakan struktur atau susunan iaitu penyusunan dan penempatan orang-orang dalam suatu kelompok kerjasama, yang bermaksud menempatkan orang dengan kewajiban, hak-hak dan tanggungjawab masing-masing. Tugas dan tanggungjawab tersebut tersusun rapi pola kegiatannya agar menuju ke arah tercapainya tujuan bersama yang telah disepakati.
Carta organisasi sekolah bermula daripada Pengetua yang diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Kaunselor dan Penolong Kanan Kokurikulum. Penolong Kanan Pentadbiran terbahagi kepada dua bahagian kerja iaitu bahagian pentadbiran dan bahagian kurikulum. Bahagian kurikulum pula terbahagi kepada dua iaitu Guru Kanan Matapelajaran yang diketuai oleh Ketua Panitia bagi setiap matapelajaran dan pusat sumber. Seterusnya bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid harus mengendalikan empat kerja iaitu dari segi disiplin, pendaftaran pelajar, kantin dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).  Kaunselor pula merupakan satu badan yang agak penting bagi membentuk dan membantu dalam membaiki dari segi sahsiah pelajar, tugasnya adalah bimbingan dan kerjaya.  Akhir sekali, Penolong Kanan Kokurikulum yang ditugaskan untuk mengendalikan dua bahagian iaitu bahagian sukan dan bahagian kelab. Sukan terbahagi kepada dua iaitu rumah sukan dan olahraga ataupun dikenali sebagai permainan. Bahagian kelab juga mempunyai dua bahagian iaitu persatuan dan unit beruniform.
Peranan setiap Pengetua sekolah adalah memimpin organisasi ke arah pencapaian visi dan misi sekolah. Mempunyai wawasan yang mengujakan dan jelas serta berupaya mengembleng warga sekolah perlu ada dalam ciri-ciri setiap pengetua sekolah. Golongan ini perlu mentadbir dan mengurus sekolah serta tugas lain yang perlu dikendalikan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap, misalnya perkara-perkara yang telah ditentukan oleh pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan (KPM). Seseorang pengetua bertanggungjawab dalam meningkatkan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM. Malah seorang Pengetua juga bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Dalam kata lain, seorang Pengetua harus memainkan peranan dari setiap sudut dan dianggap ‘kepala’ yang penting dalam organisasi sekolah ini. Jelaslah bahawa peranan Pengetua sebagai pemimpin dalam organisasi sekolah ini adalah amat penting bagi mewujudkan sekolah yang berwawasan dan mempunyai hala tuju yang jelas.
Seterusnya, bidang tugas Penolong Kanan pula ialah menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya. Sebagai contoh, setelah bersaranya seorang Pengetua, setiap Penolong Kanan perlu mengambil alih buat seketika sementara menunggu Pengetua baru datang ke sekolah tersebut. Tugas ini bertujuan agar sekolah tersebut dapat dikawal jika berlaku sebarang masalah semasa ketiadaan Pengetua. Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Malah golongan ini juga bertangggungjawab dalam membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah serta menyelia dan menilai proses pengajaran. Manakala bagi tugas Kaunselor pula adalah menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada, contohnya memahami sikap, mencungkil minat, bakat dan kebolehan masing-masing dan juga membantu dalam penyempurnaan kendiri. Jelaslah bahawa peranan Penolong Kanan dan Kaunselor mempunyai kepentingan tersendiri bagi menyempurnakan sesebuah organisasi dan mencapai matlamat setiap sekolah.
Antara struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran ialah Pengerusi iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran diikuti dengan Naib Pengerusi iaitu Ketua Panitia, seterusnya, setiausaha dan ahli yang terdiri dari semua guru mata pelajaran. Guru Kanan Mata Pelajaran, Pengerusi, merupakan ketua bidang mata pelajaran dan lantikannya adalah oleh Jabatan  Pelajaran Negeri kerana ia melibatkan elaun khas Guru Kanan. Peranan golongan ini adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, merupakan penyelaras panitia bidang mata pelajarannya, mentadbir dan mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya, pengurus stor dan inventori bidang mata pelajarannya dan juga memastikan kemajuan staf akademik dan bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya. Antara agihan mata pelajaran mengikut bidang terdiri daripada empat bidang iaitu Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional dan akhir sekali bidang Kemanusiaan. Bidang Bahasa terdiri daripada bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Cina, Tamil dan lain-lain. Sains dan Matematik pula Sains teras, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan dan sebagianya. Manakala Teknik dan Vokasional, Kemahiran Hidup Bersepadu, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan, Prinsip Akaun dan lain-lain. Akhir sekali bidang Kemanusiaan Sivik, Geografi, Kesusasteraan dan sebagainya.
Natijahnya, kepimpinan merupakan sesuatu yang amat penting dalam sebuah organisasi kerana kepimpinan dapat menjadi pemancu prestasi dalam organisasi tersebut. Setiap peranan yang diberikan kepada guru-guru merupakan sesuatu yang mencabar namun itulah komitmen yang diperlukan oleh setiap organisasi bagi mencapai visi dan misi tersendiri melalui kesepakatan bersama. Tanpa kepimpinan yang baik, sudah pasti generasi yang akan datang tidak dapat dibentuk dengan baik.

Kepimpinan Peringkat Sekolah.
Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh. Seseorang Pengetua yang memegang teraju di peringkat sekolah memerlukan pengatahuan dan pengalaman yang banyak dan tinggi mengenai pendidikan. Sebagai contoh pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, masalah politik, dan masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan. Oleh itu, pentingnya cara kepimpinan Pengetua yang produktif dan baik dalam mengendalikan sesebuah organisasi yang besar seperti sekolah ini. Kepimpinan peringkat sekolah terbahagi kepada empat, iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi.
Autokratik merupakan hubungan sehala iaitu pemimpin dan dipimpin. Antara cirinya ialah arahan dari Pengetua dan guru-guru mengikuti arahan beliau tanpa soal. Pancangan Pengetua perlu dilaksanakan dan Pengetua yang mengamalkan autokratik ini menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain. Dengan cara ini akan menyukarkan penambahbaikan dilakukan kerana hanya ideanya sehaja yang diguna pakai dan tidak menerima pandangan guru-guru lain kerana jenis kepimpinan autokratik ini tidak menggalakkan percambahan minda. Sekolah jenis autokratik ini memperlihatkan satu bentuk kuasa yang mutlak dan pembuatan keputusan adalah terpusat. Setiap keputusan yang dikeluarkan guru-guru terpaksa menerimanya kerana ia bersifat diktator.
Seterusnya, demokratik merupakan jenis kepimpinan yang lebih liberal. Di mana Pengetua akan berbincang terlebih dahulu dengan para guru, melalui cara ini Pengetua akan menerima dan memberi pandangan beliau terhadap perkara yang dibincangkan. Dan keputusannya adalah atas dasar persetujuan majoriti. Kepimpinan demokratik ini amatlah digalakkan diguna pakai oleh setiap organisasi kerana ianya menggalakkan percambahan minda serta dapat menerima pandangan dari guru-guru lain. Cara ini mampu memulihkan sesuatu masalah dengan baik kerana setiap guru mempunyai idea dan cadangan masing-masing. Melalui perkongsian idea ni, Pengetua mampu memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Pandangan guru yang diberikan diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. Jelaslah, jenis kepimpinan demokratik ini merupakan cara kepimpinan yang terbaik untuk diterapkan di dalam sesebuah organisasi dan Pengetua merupakan individu yang seharusnya memainkan peranan kepimpinan ini.
Laissez-faire merupakan jenis kepimpinan yang bertentangan dengan autokratik. Kepimpinan ini memberi kebebasan, kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberi pandangan. Malah, golongan ini juga kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti. Pengetua yang mengamalkan kepimpinan laissez-faire ini, menunjukkan bahawa beliau hanya akan memberi komen terhadap aktiviti yang dilakukan oleh orang bawahan tanpa menilai dan menyusun atur. Dan kebiasaannya, golongan ini tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya apatah lagi kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Golongan seperti ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya dan berperanan sebagai pemerhati senyap. Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan jenis kepimpinan laissez-faire ini, antaranya ialah orang bawahan tidak terlalu tertekan dimana kebebasan penuh diberikan kepada pihak bawahan dengan penglibatan yang minimum oleh pemimpin. Tidak seperti kepimpinan autokratik yang semuanya dibawah arahan pemimpin. Semua pandangan guru diterima dan kepimpinan ini memudahkan keputusan yang relevan dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun masalah. Akhir sekali, jenis kepimpinan Kontigensi yang merupakan kepimpinan yang bergantung kepada situasi. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.
Akhir kalam, setiap sekolah mempunyai jenis kepimpinan tersendiri berdasarkan gaya kepimpinan Pengetua sekolah itu sendiri. Tanpa kepimpinan yang baik, sudah tentu sesebuah organisasi akan mengalami kecelaruan yang mampu menjatuhkan organisasi itu sendiri. Oleh itu pentingnya memilih cara kepimpinan yang baik bagi menerajui sesebuah organisasi yang mampu mencapai misi dan visi tersendiri.

Kepimpinan dan Gaya Pengajaran.
Kepimpinan pengajaran ialah tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua mahupun pihak-pihak yang telah diamanahkan untuk menggalakkan pembelajaran pelajar-pelajar. Menurut Southworth (2002), pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga pembelajaran pelajar. Manakala, kepimpinan bilik darjah pula merupakan satu kemahiran untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan orang lain, mampu mengaitkan perkara yang berlaku hari-hari yang melibatkan interaksi dua pihak. Antara pemimpin di bilik darjah ialah guru kelas atau guru subjek dan murid-murid yang diberi kuasa untuk mengendalikan kelas semasa ketiadaan guru seperti ketua dan penolong kelas.
Kepimpinan di dalam bilik darjah wujud apabila murid-murid mengharapkan panduan dan teladan dari seseorang guru, murid-murid mencapai sesuatu yang luar jangkaan mereka di dalam bilik darjah dan juga setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif dalam diri setiap pelajar. Ini merupakan bukti berlakunya kepimpinan di sekolah-sekolah. Antara ciri-ciri guru yang berkepimpinan yang berkesan ialah guru yang mampu membuang sifat mementingkan diri sendiri. Guru selalu ingin menang, merasakan dirinya selalu benar, bersikap sombong dan bangga akan diri sendiri serta tidak suka dan susah mendengar saranan dan kritikan orang lain akan membuatkan pelajar mahupun sesama pentadbir sekolah berasa tidak disenangi dan seterusnya akan membatasi ruang pergaulan antara mereka. Guru yang berkepimpinan juga bijak dalam membuat keputusan serta mampu menjadi teladan kepada murid-muridnya. Walhal, guru yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan juga ialah guru yang mampu membuat pertimbangan yang wajar untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid. Ciri ini sukar untuk ditemui dalam diri guru-guru kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana harus menghadapi pelbagai karenah murid. Jelaslah bahawa, peranan guru yang baik adalah bermula dari sifat guru itu sendiri.
Seterusnya, bagi gaya pengajaran ialah merupakan tindakan-tindakan yang guru lakukan semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar kelas. Dalam kata lain, gaya pengajaran merupakan segala kegiatan yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar mereka. Secara amnya, guru-guru seharusnya menjadi diri sendiri dalam mendidik pelajar. Sebagai contohnya, jika seseorang guru itu mempunyai sifat lucu, jangan cuba menahan sifat lucu tersebut di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar lebih menyukai dan menghormati serta selesa dengan seseorang guru yang memaparkan gaya keperibadian yang jujur dan selagi mana guru mengambil berat tentang mereka terutamanya dalam pembelajaran. Mereka juga tidak selesa dengan guru yang menunjuk-nunjuk dan berpura-pura dihadapan mereka. Antara kaedah yang boleh diterapkan untuk mewujudkan gaya pengajaran yang berkesan ialah cara penyampaian yang baik yang sentiasa dipelbagaikan agar pelajar tidak merasa bosan dengan pengajaran yang disampaikan serta pada akhir sesi pembelajaran, guru seharusnya mendapatkan maklum balas dari pelajar.
Terdapat tiga jenis gaya pengajaran iaitu secara langsung, secara tak langsung dan pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar. Pengajaran secara langsung di mana komunikasi yang berlaku adalah sehala di mana guru mengamalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa untuk berinteraksi dengan pelajar lain. Pelajar juga harus menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru tidak kira secara arahan atau penerangan. Jenis pengajaran ini merupakan kaedah cara yang lama dan pasif dan ianya agak membosanakn. Namun begitu, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru seperti kaedah syarahan, bercerita dan pengajaran secara kelas. Bagi pengajaran secara tak langsung atau juga dikenali dengan pengajaran berpusatkan pelajar, guru hanyalah sebagai pemerhati dan fasilitator kerana ianya berfokuskan terhadap pelajar. Contohnya, kerja berkumpulan yang mampu mewujudkan interaksi sesama pelajar dan saling bertukar pendapat. Dan akhir sekali jenis pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar yang berperanan membantu tugas guru di dalam kelas. Bahan yang digunakan merupakan saluran untuk menyalurkan segala ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar, seperti komputer, kertas major, software dan lain-lain lagi. Tegaslah bahawa jenis gaya pengajaran terbahagi kepada 3 iaitu secara langsung, tak langsung dan bahan bantu mengajar.
Kesimpulannya, kefahaman mengenai peranan kepimpinan pengajaran, kepimpinan di dalam bilik darjah dan gaya pengajaran yang seharusnya diterapkan merupakan perkara yang perlu difahami dengan baik oleh para guru. Dengan kefahaman yang mendalam akan membantu guru agar sentiasa mengingati tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik yang berkaliber.

TOPIK 3 : BENTUK INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN


Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Menurut A New English Dictionary, interaksi bilik darjah bermaksud saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah dapat didapati daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu dan juga interaksi antara individu dengan alam sekitar.
Antara contoh interaksi antara individu iaitu interaksi antara guru dengan murid di dalam bilik darjah. Interaksi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan juga berlakunya kesenyapan dalam kelas tersebut manakala interaksi antara individu dengan alam sekitar pula iaitu satu proses bertindak balas antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan serta alam sekitarnya yang meliputi segala aspek budaya, sosioekonomi, organisasi, lokasi dan juga masa.
Seterusnya, jenis-jenis interaksi ini pula dapat dibahagikan kepada tiga iaitu interaksi sehala dari guru kepada murid, interaksi dua hala iaitu antara murid dengan murid, serta interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Antara ciri interaksi sehala dari guru kepada murid iaitu aktiviti pembelajarannya bercorak positif. Corak interaksinya hanya tertumpu kepada guru sahaja dan tiada interaksi antara murid dengan murid. Interaksi ini menggunakan pendekatan yang hanya memusatkan kepada guru sahaja seperti kaedah kelas, aktiviti pemulihan dan juga kaedah demontrasi.
Bagi interaksi dua hala iaitu antara guru dengan murid, ciri-ciri interaksi tersebut iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid dapat dirapatkan serta penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti amatlah digalakkan. Interaksi ini pula menggunakan pendekatan secara perbincangan, kaedah menyoal dan juga kaedah sokratik. Bagi interaksi dua hala iaitu antara murid dengan murid pula, ciri-ciri interaksi ini berbentuk aktiviti pembelajaran bercorak aktif, hubungan murid dengan murid dapat dirapatkan serta semangat kerjasama, toleransi serta tolong menolong dalam kalangan murid dapat dipupuk. Ianya menggunakan kaedah pendekatan secara berkumpulan seperti pengajaran melalui aktiviti lakonan, kaedah bermain, sumbangsaran dan lain-lain lagi. Selain itu, ciri-ciri bagi interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajarannya bercorak aktif, hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dapat dirapatkan serta peranan murid dapat digunakan secara optimum. Bagi pendekatan dan strategi pengajaran pula ianya berbentuk simulasi, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, aktiviti pemulihan dan sebagainya.
Kesimpulannya, kepentingan interaksi dalam pembelajaran ialah dapat mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah terutamanya. Perhubungan guru dan murid-murid yang mesra ini adalah syarat yang sangat penting bagi guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Selain itu, interaksi dalam pembelajaran penting kerana ianya merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Hal ini demikian kerana, tanpa adanya interaksi, para pelajar dan guru tidak boleh berkomunikasi dengan baik sesama mereka. Akhir sekali ialah interaksi ini merupakan pemangkin untuk meningkatkan prestasi pelajar, guru dan sekolah di sesebuah sekolah itu.

TAJUK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Mary Parker Follet (1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. Menurut perspektif islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah di dunia dan di akhirat. Manakala pembelajaran pula merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Bower dan Hilgard (1981) sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkahlaku yang boleh diperlihatkan. Definisi pengurusan pembelajaran pula ialah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menetukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menetukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi,26 Disember 2012).
Antara kepentingan pengurusan pembelajaran ialah berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar. Selain itu juga adalah berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran. Dengan menggunakan panduan sukatan pelajaran ia dapat memudahkan urusan guru-guru agar dapat merancang dan mengajar murid-murid dengan lebih bijak dan teratur. Seterusnya ialah dapat mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, apabila perancangan yang dijalankan menggunakan kaedah seperti yang dirancang maka matlamat dan objektif yang ingin dicapai akan membuahkan hasil yang baik dalam pengajaran dan juga pembelajaran. Kepentingan yang terakhir ialah dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Selain itu, isi yang kedua ialah konsep mengurus pembelajaran. Antaranya ialah peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah merancang, mengelola,mengawal dan juga mengarah. Dengan merancang, guru perlu merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid. Guru juga merancang untuk pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu, merancang strategi dan kaedah pengajaran dan juga merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, merancang aktiviti kumpulan. Seterusnya, merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah. Akhir sekali ialah,merancang aktiviti penilaian. Manakala peranan guru dalam mengelola pula ialah mengurus bilik darjah, mengurus aktiviti murid, mengurus bahan-bahan pelajaran, mengurus disiplin bilik darjah, mengurus aktiviti kumpulan, mengurus kaedah fizikal dan kemudahan dan juga mengurus aktiviti penilaian. Dari segi mengawal pula ialah mengawal peraturan-peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, memastikan masalah disiplin tidak timbul dan juga memastikan pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan. Akhir sekali peranan guru sebagai pengurus bilik darjah dalam mengarah ialah mengarah murid menjawab soalan guru, mengarah murid mendengar, mengira dan menulis, mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing, mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah, mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.
            Isi yang terakhir ialah membuat persediaan rancangan kerja. Iaitu membuat perancangan sebelum mengajar, atau dengan kata mudahnya ialah membuat Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan juga kaedah. Perancangan juga perlu membuat penyediaan buku rekod dan jadual. Manakala persediaan rancangan kerja yang seterusnya ialah Pengurusan Sumber Pengajaran dan juga Pembelajaran. Dengan itu guru-guru perlu membuat penyediaan bahan-bahan pelajaran yang akan digunakan dalam proses P&P. Guru-guru juga haruslah membuat penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuian contohnya buku teks, buku rujukan dan juga alat bantu mengajar yang lain yang bersesuaian dengan pembelajaran.
            Secara rumusnya pengurusan dan pembelajaran pelajar merupakan satu kaedah atau uslub yang sangat efektif dan bijak dalam menjalankan suatu aktiviti pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini dan memahami konsep ini dengan baik maka guru-guru akan dapat mencapai matlamat dan juga objektif pembelajaran yang akan disampaikan kepada anak-anak murid mereka. Kesimpulannya, pengurusan dalam pengajaran merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran oleh semua yang bergelar pendidik. Hal ini demikian kerana, adanya kejayaan daripada setiap murid pasti adanya seorang guru yang membimbing mereka dan adanya pembimbing itu mesti adanya strategi yang dilakukan dan diikuti bagi mencapai sesuatu perkara tersebut. Oleh itu, pengurusan dan pengajaran ini amatlah berkait rapat sesama sendiri untuk melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif seterusnya melahirkan generasi muda yang cemerlang dan gemilang.